Click here for Myspace Layouts >

Monday, January 28, 2013

ingat mati...

assalamualaikum......
 syukur alhamdulillah...aku masih bernafas..tatkala aku menulis entry ini aku baru sahaja selesai membaca sebuah kisah mengenai seorang pelajar yang meninggal dunia akibat kecedaraan dalaman yang dialaminya setelah kemalangan tempoh hari..sedih..yang pasti segala dugaan yang dialami nya itu  dihadapi dengan tenang kerana adanya Allah disisi hambanya yang lemah lagi tidak bermaya itu..Ya ALLAH..jadikanlah aku seperti arwah yang sentiasa berharap dan dekat denganmu sehingga ke hujung nyawanya..hmm..setiap kali sebut pasal mati aku takut...aku takut  akan dosa2ku..takut dengan rupa dan bagaimana kematianku.. tapi takut akan kematian merupakan hidayah dari ALLAH S.W.T...alhamdulillah Allah sayang aku ,Dia bagi hidayah kat aku TAPI KENAPA pintu hati aku masih tertutup nak mengerjakan perintahnya dan meninggalkan laranganNYA..begitu keras nya hati hambamu ini YA ALLAH..satu yang aku selalu amalkan sebelum tidur aku mesti membaca sekurang2 nya surah Al fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah..dalam fikiranku jika aku tidak bangun pada esok hari biarlah aku mati dengan sempat mengucap dua kalimah syahadah..tapi hidup atau mati itu kan rahsia Allah..yang pasti aku nak terus berdoa agar aku,dan semua orang yang aku sayang kembali ke jalan ALLAH..JALAN YANG BENAR DAN LURUS...sama2 kita doakan k..sekian.

No comments: